Cukuplah kebahagiaan itu apabila hatimu tidak lagi memberontak dlm menghadapi ketentuan Allah. Ini kerana hakikat penderitaan bukan pada terbeban dengan takdir, tetapi terbeban dengan rasa memberontak dan tidak berpuas hati terhadap ketentuan-Nya.
Burung layang-layang dalam sangkar,
kalau sayang janganlah bertengkar
-sis fyra-
Saturday, April 28, 2012
islamisasi produk menjadikan ia barang yg laku!
permintaan sangat tinggi masani.
kalau dahulu org belum menerima islam, maka perlu diterangkan (dgn susah payah)
kini sudah terima islam, tapi dengan penyelewengan2 penggunaan dalil dan maksud..
masih tetap dalam susah payah masalah.bahkan lebih parah!
Friday, April 27, 2012
dalam berdebat, jangan dikejarkan sangat mahu menang.kerana itu lebih menjurus kepada kalah.
meskipun luka ego, tapi mencari kebenaran adalah matlamat yg lebih murni.berharga.
jadi, walaupun kalah, tapi sebenarnya menang. :')
tinggi-tinggi belajar, jangan sampai tak boleh diajar.
antara ladang terbaik untuk membaca manusia adalah laman sosial
di sana aku klasifikasikan jenis kawan kepada beberapa kelas yg aku minati
ilmuan-ilmu2 agama dari mereka yg ahli
pemikir
seni-sasterawan,gambar2 bersama erti yg dalam,quote,poetry,lagu tentang kehidupan. etc
kawan-kawan sekitar-lebih kepada kehidupan pelajar dan event sekitarnya
pengkritik-satu bentuk tenaga sukarela yg patut di-utilize sepenuhnya.kan pernah kita mendengar bahawa susah untuk mencari orang yg jujur menyatakan keburukan kita?
label-label ini buat aku sedar akan perihal semasa, menjadikan aku sebagai watak yang hidup.
dapat melihat pendapat-pendapat hal yang sedang dipercakapkan dari kedua-dua belah pihak.
pihak yang menyokong dan memabantah. ada juga pihak ketiga.pandangan mereka lebih luas dan menyeluruh.
daripada semua-semua ini adalah sumber yg lebih telus dan tulus berbanding media massa yg dikawal sebahagian parti atau pertubuhan.membawakan tema-tema dan kadang-kadang penipuan berskala besar.
maka sumber ini jauh lebih reliable, bukan?
semoga aku jadi seperti mereka.
=)
dalam masa yg sama, perlulah minta petunjuk agar tidak tertipu dengan kemahuan.
apakah benar kemahuan itu selari dengan keperluan hidup?
*orang yg hadkan sources mereka.menjadikan pemikiran itu monotone.tidak variasi dan terbuka.malah taksub (tidak rasional).
hanya membawa apa yg gerakan mereka bawa,dan menentang apa yg berlawanan dengan pembawaan mereka.