SEPATUTnya adalah perkataan yg menunjukkan situasi atau perkara yg mesti berlaku tapi tidak!
Tuesday, June 5, 2012
Saturday, May 12, 2012
Thursday, May 3, 2012
Wednesday, May 2, 2012
Monday, April 30, 2012
Ingin kemana lagi melainkan kepada-Nya jua?
Ingin kemana lagi melainkan kepada-Nya jua?
Syeikh Yusuf al-Hasani:
Cukuplah kebahagiaan itu apabila hatimu tidak lagi memberontak dlm menghadapi ketentuan Allah. Ini kerana hakikat penderitaan bukan pada terbeban dengan takdir, tetapi terbeban dengan rasa memberontak dan tidak berpuas hati terhadap ketentuan-Nya.
Saturday, April 28, 2012
islamisasi produk menjadikan ia barang yg laku!
permintaan sangat tinggi masani.
kalau dahulu org belum menerima islam, maka perlu diterangkan (dgn susah payah)
kini sudah terima islam, tapi dengan penyelewengan2 penggunaan dalil dan maksud..
masih tetap dalam susah payah masalah.bahkan lebih parah!
Friday, April 27, 2012
Saturday, April 21, 2012
bacakan manusia

antara ladang terbaik untuk membaca manusia adalah laman sosial
di sana aku klasifikasikan jenis kawan kepada beberapa kelas yg aku minati
ilmuan-ilmu2 agama dari mereka yg ahli
pemikir
seni-sasterawan,gambar2 bersama erti yg dalam,quote,poetry,lagu tentang kehidupan. etc
kawan-kawan sekitar-lebih kepada kehidupan pelajar dan event sekitarnya
pengkritik-satu bentuk tenaga sukarela yg patut di-utilize sepenuhnya.kan pernah kita mendengar bahawa susah untuk mencari orang yg jujur menyatakan keburukan kita?
label-label ini buat aku sedar akan perihal semasa, menjadikan aku sebagai watak yang hidup.
dapat melihat pendapat-pendapat hal yang sedang dipercakapkan dari kedua-dua belah pihak.
pihak yang menyokong dan memabantah. ada juga pihak ketiga.pandangan mereka lebih luas dan menyeluruh.
daripada semua-semua ini adalah sumber yg lebih telus dan tulus berbanding media massa yg dikawal sebahagian parti atau pertubuhan.membawakan tema-tema dan kadang-kadang penipuan berskala besar.
maka sumber ini jauh lebih reliable, bukan?
semoga aku jadi seperti mereka.
=)
dalam masa yg sama, perlulah minta petunjuk agar tidak tertipu dengan kemahuan.
apakah benar kemahuan itu selari dengan keperluan hidup?
*orang yg hadkan sources mereka.menjadikan pemikiran itu monotone.tidak variasi dan terbuka.malah taksub (tidak rasional).
hanya membawa apa yg gerakan mereka bawa,dan menentang apa yg berlawanan dengan pembawaan mereka.
-angkat bahu?-
wahai yg mengaku pejuang!
benarkanlah yg benar!, salahkanlah yg salah!
Tuesday, April 17, 2012
dear me..
ingatkan aku nanti,
aku berhutang 3 post.
pertama - kisah kasih sayang kawan-kawan (hidup sebagai manusia dan pelajar)
kedua - kisah sebulan bersama Neuro
dan ketiganya - menghadapi hari cuti tatkala kawan pergi jauh.
sementara memori masih fresh.
oh ya, dan ramalan dialog yg akan dibuat (kemukakan) kepada 'orang atasan'.sekitar persoalan kehidupan :)
Sunday, April 15, 2012
Wednesday, April 11, 2012
Mahalnya Udara Keamanan
Ya Allah..
Ya Rasulullah..
aku bersedih dan masih
hiburkanlah..
(mengadu)
sambil bertawassul pada amal dikira soleh
sekilas pantas flashback kisah-kisah sirah.
tentang bagaimana ujian para sahabat dahulu.
antara kafir dan muslim walau sekeluarga sekalipun ditentang!
ada diadukan kepada Americano atau NATO?
keamanan yang dipinta itu
semua hajat dipanjatkan kepada Yang Maha Menunaikan Hajat!
dan aku membandingkan dugaan itu-itu
nyatalah aku jauh dari perlunya keluh kesah sampai melemah
*terimakasih walaupun sekilas cuma*
(terus saja pasang playlist qasidah-qasidah yg dihiasi dgn Nama-nama Baginda)
*****
Mahalnya Udara Keamanan.
pejamkan mata dan pekatkan niat
kata, AKU MAHU BERUBAH!
walau perkataan macam murah,
disebut mudah,
genggam erat usah gundah.
pejamkan mata, kuatkan
aku ialah aku,
siapa aku silam, semalam
tiada siapa dapat ubah
kerana yang paling jauh itu adalah masalalu.
pejamkan mata dan yakinkan,
aku ada Tuhan dan Dia Maha Pengampun
yang berlaku itu, telah berlaku
jangan yang diminta agar tidak lagi bermaksiat
seolah tiada lagi perlu PengampunNya!
kerana..
JamalNya melebihi JalalNya!
pejamkan mata, bila dipertikai
bila timbul isu mampu,
ia adalah personal specific
lingkungan sfera sendiri,
lapangkan dada terima teguran,itu proses
walau dalam marah,
walau luar hikmah,
jangan naif, berlagak pandai
kerna, dia tetap si penegur selaku hadiah.
pejamkan mata..
layani dunia..
penuh warna..
indahh..
layankan..layan..
say Alhamdulillah
SEGALA PUJI bagi Allah yang menciptakan
keindahan dalam setiap inci perancangan..
dan percayalah,
setiap kebetulan itu masih dalam kira-kira takdirNya!
bawang sayang.

bawang-bawang ku sayang,
di tengah lautan manusia pandang,
kerenah perilakunya -wayang
menagihkan untung harta dan barang
meski, aku hanyalah sekedar bayang
dalam gelap diendahkan-buang
aku tetap hadir, dan kewujudanku tetap ada.
cuma tidak banyak kesan,
cuma sudah tidak berpesan,
cuma aku hanyalah insan.
insan.
badan macam badang, main jangan macam belakang parang!-malique
Tuesday, April 10, 2012
:)
dihulurkan tangan, tangan dibiarkan tergantung, tak disambut.
tak mengapalah.mungkin ada rahsia yang tak aku ketahuan.
mohon tunjuk ajar, kawan
Friday, April 6, 2012
label

hati yang disesakkan dengan label-label 'the others'
nanti bila kau maukan pencerahan,
mohon mereka bawakan dalil mengapa dilabel sedemikian rupa?
rupa-rupanya permasalahan definisi.pencabulan penggunaan perkataan yang mereka sendiri tak fahami.
originnya adalah kekeliruan!
jiwa yang besar tidak akan dipenuhi dengan perkara kecil dan remeh!
kau tetap kau sebagaimana kau asali!
semoga jiwa kita besar. kerana niat asal perjalanan akan membawa titik temu akhir yang sama walau kita lalui jalan yang berlainan!
Thursday, April 5, 2012
bersatu

-purpose of life?-
kini,
seorangan menghirup nyaman
bersatu dengan malam
bersama gelap yang dalam
sangat dalam
kini,
bersatu aku dan malam
kehadiran selainnya aku padam
wujud sfera kian kelam
duniaku, duniaku.
fana`, mengasyikkan!
ia adalah luas!
tak seperti tuduhan kamu-kamu.
tapi, disaat aku berhenti peduli, saat itu jugalah aku kehabisan isu.akali aku mati, hilang fungsi.
dan itu lebih derita berbanding Sherlock ketagihan misteri.(heh)
sungguh, pernah aku cuba bawa peneman, nyatalah bukan suasana kita bersama.
dan aku masih mencari.kerna keseorangan yang lama mampu menjemput gila.
paling kurang sekufu.mampu menangkis segala manipulasi dan menyerang balas.setara!
reason adalah harta aku (pinjam dari Tuhan).
apakah pantas untuk aku tayang-bebas kepada umum?
hanya kepada insan-insan yang berharga, kepercayaan dalam ilmu.
kita trade nilaian berharga kalau mahu.ok?
*jadi, aku bukanlah alien yang dijemput dari Marikh ye.sila take note.
Tuesday, February 14, 2012
selamat tinggal kawan..
Selamat Tinggal, Teman.
Dia boleh pergi jauh
nun jauh sana
tapi?
Dia tak serius
ataupun tak mahu
atau tak tahu
bukan lagi impian
bukan lagi cita-cita
tapi angan-angan..
dan terus berangan.khayalan.
Subscribe to:
Comments (Atom)