
-purpose of life?-
kini,
seorangan menghirup nyaman
bersatu dengan malam
bersama gelap yang dalam
sangat dalam
kini,
bersatu aku dan malam
kehadiran selainnya aku padam
wujud sfera kian kelam
duniaku, duniaku.
fana`, mengasyikkan!
ia adalah luas!
tak seperti tuduhan kamu-kamu.
tapi, disaat aku berhenti peduli, saat itu jugalah aku kehabisan isu.akali aku mati, hilang fungsi.
dan itu lebih derita berbanding Sherlock ketagihan misteri.(heh)
sungguh, pernah aku cuba bawa peneman, nyatalah bukan suasana kita bersama.
dan aku masih mencari.kerna keseorangan yang lama mampu menjemput gila.
paling kurang sekufu.mampu menangkis segala manipulasi dan menyerang balas.setara!
reason adalah harta aku (pinjam dari Tuhan).
apakah pantas untuk aku tayang-bebas kepada umum?
hanya kepada insan-insan yang berharga, kepercayaan dalam ilmu.
kita trade nilaian berharga kalau mahu.ok?
*jadi, aku bukanlah alien yang dijemput dari Marikh ye.sila take note.
No comments:
Post a Comment