Ya Allah..
Ya Rasulullah..
aku bersedih dan masih
hiburkanlah..
(mengadu)
sambil bertawassul pada amal dikira soleh
sekilas pantas flashback kisah-kisah sirah.
tentang bagaimana ujian para sahabat dahulu.
antara kafir dan muslim walau sekeluarga sekalipun ditentang!
ada diadukan kepada Americano atau NATO?
keamanan yang dipinta itu
semua hajat dipanjatkan kepada Yang Maha Menunaikan Hajat!
dan aku membandingkan dugaan itu-itu
nyatalah aku jauh dari perlunya keluh kesah sampai melemah
*terimakasih walaupun sekilas cuma*
(terus saja pasang playlist qasidah-qasidah yg dihiasi dgn Nama-nama Baginda)
*****
Mahalnya Udara Keamanan.
pejamkan mata dan pekatkan niat
kata, AKU MAHU BERUBAH!
walau perkataan macam murah,
disebut mudah,
genggam erat usah gundah.
pejamkan mata, kuatkan
aku ialah aku,
siapa aku silam, semalam
tiada siapa dapat ubah
kerana yang paling jauh itu adalah masalalu.
pejamkan mata dan yakinkan,
aku ada Tuhan dan Dia Maha Pengampun
yang berlaku itu, telah berlaku
jangan yang diminta agar tidak lagi bermaksiat
seolah tiada lagi perlu PengampunNya!
kerana..
JamalNya melebihi JalalNya!
pejamkan mata, bila dipertikai
bila timbul isu mampu,
ia adalah personal specific
lingkungan sfera sendiri,
lapangkan dada terima teguran,itu proses
walau dalam marah,
walau luar hikmah,
jangan naif, berlagak pandai
kerna, dia tetap si penegur selaku hadiah.
pejamkan mata..
layani dunia..
penuh warna..
indahh..
layankan..layan..
say Alhamdulillah
SEGALA PUJI bagi Allah yang menciptakan
keindahan dalam setiap inci perancangan..
dan percayalah,
setiap kebetulan itu masih dalam kira-kira takdirNya!
1 comment:
*pejam mata rapat*
"Aku ingin berubah kpd yg lbh baik,ya Allah" :')
Post a Comment